
Berita
Siti Saleha umum sudah bertunang
PELAKON drama 7 Hari Mencintai Ku, Siti Saleha membuat pengakuan secara spontan sudah pun bertunang dengan pereka fesyen terkemuka Joshua Fitton. Pengakuan itu dibuat aktres itu ketika ditemubual di karpet merah acara Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) 2024, semalam. Saleha memberikan jawapan spontan itu ketika ditanya mengenai perjalanan 2024 nya.