
PRK Mahkota: SPR seru keluar mengundi Sabtu ini
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyeru pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian Sabtu ini (28 Sept). Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata pihaknya mengharapkan kehadiran seramai mungkin pengundi bagi mencapai peratusan keluar mengundi yang tinggi pada PRK