
Program Repatriasi Migran: Lebih 10,000 pendatang asing dihantar pulang ke negara asal
SEBANYAK 11,943 pendatang tanpa izin telah dihantar pulang ke negara asal masing-masing menerusi Program Repatriasi Migran Jabatan Imigresen (JIM), kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh. Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Ruslin berkata mereka telah selesai proses berkenaan selepas menjalani proses dokumentasi dan pembayaran kompaun oleh kedutaan masing-masing.