Berita

Jumlah jawatan meningkat 2.1 peratus pada suku keempat 2023

JUMLAH jawatan meningkat sebanyak 2.1 peratus kepada 8.94 juta pada suku tahun keempat 2023 daripada 8.76 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya, menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin. Beliau berkata bilangan jawatan diisi juga meningkat 2.1 peratus kepada 8.74 juta jawatan berbanding 8.56 juta, manakala jumlah kekosongan jawatan menurun 1.1 peratus.