Berita

Malaysia kecam serangan rejim Israel ketika Aidilfitri

MALAYSIA mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan oleh rejim Israel yang menyasarkan rakyat Palestin, termasuk serangan udara di kem pelarian Shati di utara Gaza, terutamanya semasa rakyat Palestin dan umat Islam di seluruh dunia menyambut Aidilfitri. Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Khamis, Malaysia akan terus menentang dengan teguh tindakan keganasan

Berita

Perutusan Aidilfitri: Setiausaha Agung OIC gesa tamatkan pencerobohan maut Israel di Gaza

SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Hissein Brahim Taha menekankan penderitaan umat Islam di zon konflik di seluruh dunia, khususnya rakyat Palestin di Gaza yang berdepan pencerobohan kejam oleh tentera Israel. Dalam perutusan Aidilfitrinya, Taha berkata: “Hatinya tersentuh dengan rakyat Palestin yang menderita di bawah pencerobohan kejam yang tidak pernah berlaku

Berita

Malaysia alu-alukan seruan Majlis Hak Asasi Manusia PBB supaya hentikan jualan senjata ke Israel

MALAYSIA menyambut baik resolusi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyeru semua negara supaya menghentikan penjualan, pemindahan dan pengalihan senjata, peluru dan lain-lain peralatan ketenteraan kepada Israel. Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Kementerian Luar (Wisma Putra) menyeru semua negara supaya memastikan Israel memenuhi obligasinya di bawah undang-undang

Berita

Angka korban warga Palestin lepasi angka 33,000 akibat serangan berterusan Israel di Gaza

SEKURANG-KURANGNYA 33,037 warga Palestin maut dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas, kata Kementerian Kesihatan di kawasan enklaf yang dikepung itu pada Khamis, lapor Agensi Anadolu (AA) . Menurut kenyataan kementerian itu seramai 75,668 rakyat Palestin juga cedera dalam serangan itu. “Serangan ke atas Israel membunuh sekurang-kurangnya 62 orang

Berita

Malaysia kutuk serangan udara Israel, korbankan pekerja bantuan WCK

MALAYSIA mengutuk serangan udara oleh Israel yang menyebabkan kematian tujuh pekerja bantuan dari badan amal World Central Kitchen (WCK) di Gaza. “Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, serta pemimpin Kerajaan Negara-negara yang berduka atas kehilangan warganegaranya dalam serangan yang tidak berperikemanusiaan ini,” kata Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Rabu.

Berita

Warga Israel masuk guna pasport Perancis yang sah

LELAKI warga Israel yang ditahan polis bersama enam pucuk pistol di sebuah hotel di Jalan Ampang di ibu negara, Rabu lepas masuk ke negara ini menggunakan pasport Perancis yang sah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau berkata pasport milik suspek dikeluarkan secara sah oleh kedutaan Perancis