Berita

Tunku Azizah dianugerah Diploma Kehormat Seni Kraf Batik

RAJA Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini dianugerahkan Diploma Kehormat Seni Kraf Batik oleh Kraftangan Malaysia melalui Institut Kraf Negara (IKN). Penganugerahan itu disampaikan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan di Istana Negara. Diploma Kehormat itu merupakan penganugerahan tertinggi di IKN, sebagai pengiktirafan