
Pendidikan agama bermula dari rumah, elak kepincangan akhlak pada masa depan
PERANAN ibu bapa dalam agama Islam adalah amat besar. Anak-anak seperti kain putih yang bersih. Jika betul corak dan warnanya, maka cantiklah hasilnya nanti. Rasulullah SAW bersabda, “Setiap anak yang dilahirkan itu dalam keadaan fitrah (suci bersih), kedua-dua ibu bapanyalah yang mencorakkannya menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi.” – Hadis