Fokus

Budaya hedonisme lahirkan pembuli

BUDAYA hedonisme iaitu gaya hidup yang mementingkan keseronokan duniawi semata-mata, menjadi antara punca utama lahirnya sikap membuli dalam masyarakat moden. Ketua Program Sarjana Muda Usuluddin dan Multimedia, Universiti Islam Selangor (UIS), Muhammad Faiz Mukmin Abdul Mutalib berkata, perbuatan menindas, merendahkan atau mencederakan pihak yang lemah jelas bertentangan dengan ajaran Islam.