Berita

RM2 bilion peruntukan hal ehwal Islam

KERAJAAN bercadang memperuntukkan RM2 bilion sebagai usaha untuk meningkatkan syiar Islam dan mencegah pemikiran dan aliran yang menyimpang daripada Islam yang sebenar berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang kini semakin membimbangkan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebahagian daripada peruntukan tersebut turut digunakan u tuk memperkasa institusi pendidikan Islam.