
Berita
Had siling gaji baharu caruman berkuat kuasa hari ini – Perkeso
KEMENTERIAN Sumber Manusia melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan menguatkuasakan had siling gaji baharu bagi maksud caruman daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan, mulai hari ini. Perkeso dalam kenyataan hari ini memaklumkan penguatkuasaan itu dilaksanakan susulan pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).