Lensa

GENTA 2024 meriahkan Hari Malaysia

SEMPENA dengan Sambutan Hari Malaysia 2024‚ Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menganjurkan Festival Gendang dan Tari Kuala Lumpur 2024 (KL GENTA 2024) mulai 10 hingga 15 September 2024 lalu. Malam kemuncak pada 14 September 2024 di Dataran Merdeka dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur‚ Datuk Seri TPr Dr Maimunah Mohd Sharif.