
Berita
Kes dadah: Mamat Exist didakwa lagi
VOKALIS kumpulan Exist Mamat sekali lagi dihadapkan ke mahkamah di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mengambil dadah jenis metamfetamina, lima tahun lepas. Mamat, atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Fatimah Zahari dan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin.