
Elaun Lokum RM80 sejam bagi pegawai perubatan berkuat kuasa serta-merta
PEGAWAI perubatan yang diarah bertugas selepas waktu pejabat (membuat lokum) di klinik kesihatan kini boleh menuntut Elaun Lokum pada kadar RM80 sejam berkuat kuasa serta-merta. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkara itu baharu sahaja diputuskan, sekali gus menyelesaikan isu yang menjadi persoalan dalam kalangan pegawai perubatan sebelum ini.