Berita

Ejaan di papan tanda dan iklan perlu selaras, kekalkan identiti pertiwi

PENGGUNAAN perkataan yang salah pada papan tanda termasuk di gerai makanan hingga mengubah sebutan serta maksud sebenar, perlu ditangani segera bagi memastikan bahasa Melayu terpelihara sebagai identiti pertiwi. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan, lambakan papan tanda yang tidak mengikut standard ejaan yang betul disifatkan akan membantutkan usaha memartabatkan Bahasa Melayu, kata pensyarah bebas daripada Persatuan Penterjemah