
Berita
Pendaftaran PADU: Proses e-KYC kurang lima minit – Rafizi
MENTERI Ekonomi Rafizi Ramli menafikan dakwaan kononnya proses e-KYC (Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital) iaitu memuat naik swafoto dan kad pengenalan untuk pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) akan mengambil masa tiga hari. Menerusi hantaran di X, Rafizi berkata proses itu hanya mengambil masa kurang lima minit untuk disahkan setakat ini.