
Artikel
Cabaran menanti Maimunah
BELUM terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri TPr Dr Maimunah Mohd Sharif yang dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-15 berkuat kuasa 15 Ogos lalu menggantikan Datuk Seri PMgr Sr Kamarulzaman Mat Salleh. Secara kebetulan‚ tarikh pelantikan Maimunah pada 15 hari bulan sama dengan kedudukan selaku datuk bandar ke-15.