
Agong berkenan kurnia 341 individu darjah kebesaran, bintang dan pingat
YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Darjah Johan Mangku Negara (JMN) kepada Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain. Beliau mendahului senarai 341 penerima pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara hari ini.