
Tindakan buli tidak wajar, rosakkan imej UPNM – Khaled
KEMENTERIAN Pertahanan menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat insiden buli yang sekali lagi didakwa berlaku di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau telah dimaklumkan berkenaan laporan melibatkan pelatih di universiti itu yang mengalami kecederaan dipercayai tindakan seorang pelatih senior. “Susulan laporan polis yang