
571,802 anggota barisan hadapan daftar untuk imunisasi COVID-19
SERAMAI 571,802 orang anggota barisan hadapan mendaftar untuk mendapatkan imunisasi COVID-19 setakat semalam, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata daripada jumlah tersebut, 57.3 peratus terdiri dalam kalangan anggota perubatan dan kesihatan iaitu dengan 39.8 peratus Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan selebihnya 17.5 peratus pegawai perubatan