Berita

Kerajaan peruntuk 6.5 bilion projek bangun semula sekolah daif dari 2016-2023

KERAJAAN memperuntukkan RM6.5 bilion bagi pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan daif di sekolah melibatkan 1,002 projek di seluruh negara sejak dari 2016 hingga 2023. Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan langkah itu adalah komitmen kerajaan untuk menoktahkan isu sekolah daif yang diteruskan dalam Rolling Plan 2023.