
1,000 terima bantuan Deepavali
BERSEMPENA sambutan Deepavali, Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak menganjurkan Deepavali Kondattam 2024 yang disempurnakan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin. Diadakan di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB), hampir 2,000 tetamu hadir memeriahkan majlis tersebut yang turut dihadiri pemimpin masyarakat setempat termasuk wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).