
Cadangan ambil guru bahasa Inggeris dari Singapura: Bukan lantikan tetapi sukarelawan
PELBAGAI komen sinis dilemparkan kepada Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran perbincangan beliau bersama Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong untuk menghantar guru-guru dari negara republik itu bagi mengajar bahasa Inggeris dan mata pelajaran lain di negara ini. Perkara tersebut mendapat reaksi negatif segelintir netizen yang mendakwa Anwar lebih