
Aaron Wooi Yik sahkan slot suku akhir terbuka Singapura 2023
BEREGU utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak berdepan masalah menempah slot ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2023 selepas menewaskan wakil Indonesia, hari ini. Pada perlawanan pusingan kedua berlangsung di Stadium Tertutup Singapura itu, Aaron-Wooi Yik, juga pilihan ketiga kejohanan, mengambil masa 38 minit untuk mencatat kemenangan straight