
Berita
Sukan Asia: Sukan ADAMAS lakukan ujian doping ke atas 40 atlet
SERAMAI 40 atlet negara yang bakal menyertai Sukan Asia Hangzhou 2022 di China, terlibat dalam ujian doping yang dikendalikan Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) bulan lepas. Pengarah ADAMAS Azura Abidin berkata pihaknya telah menjalankan ujian secara rawak kepada atlet daripada beberapa jenis sukan yang berpotensi menyumbang pingat buat negara pada temasya empat tahun sekali itu.