
Malaysia akan terus jadi Pengerusi ASEAN yang berkesan
AMERIKA Syarikat (AS) mempunyai keyakinan penuh Malaysia sekali lagi akan menjadi Pengerusi ASEAN yang berkesan pada 2025, seperti sebelum ini dan teruja untuk terus bekerjasama rapat bagi memastikan tempoh perkhidmatan yang membuahkan hasil. Mengimbas kembali peranan kepimpinan Malaysia sebelum ini pada 2006 dan 2015, Duta AS ke Malaysia yang baru dilantik Edgard D Kagan memuji