Berita

14,457 pengendali makanan tiada suntikan anti tifoid, 910 premis kotor diarah tutup

SEJUMLAH 14,457 daripada 94,275 pengendali makanan yang diperiksa di seluruh negara didapati tidak mendapatkan suntikan anti tifoid. Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), dapatan itu berdasarkan pemeriksaan dilakukan bagi tempoh Januari sehingga Jun lalu. Malah katanya, bagi tempoh sama, sebanyak 910 premis diarahkan tutup kerana tidak bersih dan sejumlah 16,415 notis kesalahan