
Berita
Anjung Singgah: 6,221 gelandangan dibantu dapatkan pekerjaan
SERAMAI 6,221 daripada 9,685 orang gelandangan yang mendaftar masuk dan mendapatkan perkhidmatan di Anjung Singgah telah dibantu mendapatkan pekerjaan bersesuaian. Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), jumlah selebihnya pula telah kembali ke pangkuan keluarga atau dirujuk kepada jabatan, agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan bagi bantuan susulan.