
Berita
Malaysia antara negara di rantau ASEAN paling aman, pantas pertumbuhan ekonomi
NEGARA-NEGARA luar melihat Malaysia sebagai antara negara di rantau ASEAN yang paling aman di dunia dan pantas dalam pertumbuhan ekonomi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, perkara itu disampaikan oleh pemimpin-pemimpin enam negara sepanjang lawatan singkat beliau ke Mesir, Arab Saudi, Peru, Brazil, Korea termasuk China.