
Berita
Pindaan Akta Kanak-kanak 2001 akan dibentangkan tahun ini – Nancy
KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini dalam proses akhir membuat pindaan pada Akta Kanak-kanak 2001 dan dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini. Menteri berkenaan Datuk Seri Nancy Shukri berkata selain menambah baik akta, pindaan itu juga selaras dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak yang telah dikuatkuasakan sejak 1 Sept tahun lepas.