
KPT kerjasama dengan UTM bangunkan Fakulti AI pertama
KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sedang membangunkan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama di Malaysia sebagai satu daripada usaha memenuhi keperluan semasa. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata sebagai permulaan, program Ijazah Sarjana Muda Kecerdasan Buatan (AI) telah diluluskan di peringkat Jawatankuasa Pendidikan