
Salahuddin prihatin, berjuang fikirkan masalah rakyat sehingga hujung nyawa – Ahmad Zahid
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan negara kehilangan seorang pemimpin yang hebat dengan pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub malam ini. Menerusi catatan di laman Facebook, Ahmad Zahid berkata Allahyarham merupakan seorang rakan dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan yang sangat beliau hormati,