
ASEAN perlu mengekang jenayah siber demi kemajuan ekonomi digital – Muhyiddin
ASEAN perlu mencari pendekatan secara kolektif untuk mengekang jenayah siber rentas sempadan, ketika rantau itu bersedia untuk muncul sebagai blok ekonomi digital yang kompetitif ketika pasca-COVID-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dalam ucaptama sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN Pertama (ADGMIN1) yang diadakan secara maya, Muhyiddin berkata cabaran utama