#2024

Berita

Sarawak tuan rumah sambutan Hawana 2024 – Fahmi

SARAWAK akan menjadi tuan rumah kepada sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 pada 27 Mei ini. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sambutan itu akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) akan terus memainkan peranan sebagai urusetia bagi penganjuran sambutan berkenaan.

Berita

1,000 orang sertai Majlis Qiamullail Tahun Baharu

HAMPIR 1,000 umat Islam menyertai Majlis Qiamullail Tahun Baharu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini bersempena dengan sambutan ambang Tahun Baharu 2024 dan sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin. Acara yang merupakan sebahagian daripada program Ambang Gema Syukur anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu turut dihadiri Menteri di

Berita

Perjalanan tahun baharu Harimau Malaya penuh dengan harapan

SKUAD Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon akan berlepas ke Doha, Qatar awal pagi ini bagi menghadapi cabaran Piala Asia 2023 yang dijadualkan berlangsung dari 12 Januari sehingga 10 Februari 2024. Kesemua pemain dan barisan kejurulatihan kelihatan segar dan bersemangat, selain sempat mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada peminat dan kumpulan media

Berita

Barisan menteri doakan kesejahteraan rakyat, komited terus majukan negara

MEMULAKAN lembaran baharu, barisan menteri Kerajaan Perpaduan merakamkan ucapan Tahun Baharu 2024 dengan mendoakan kesejahteraan seluruh rakyat malah turut menyatakan komitmen untuk terus melaksanakan tugas dalam usaha memajukan negara ini. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menzahirkan penghargaan kepada warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atas kualiti kerja yang membanggakan

Berita

SPRM tekad capai sifar rasuah tahun 2024

MATLAMAT sifar rasuah dan mengurangkan ketirisan dana merupakan antara fokus dan tekad Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membantu negara pada tahun hadapan. Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata matlamat itu digariskan bagi memastikan SPRM terus kekal relevan dan efektif dalam gerak kerja yang dilakukan. “Buat warga SPRM ingatlah saban tahun

Berita

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahun baharu 2024

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2024 serta mendoakan kesejahteraan seluruh rakyat dan negara. Menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka berdua turut mendoakan perpaduan dan keharmonian negara terus berkekalan.