Berita

Tiada secebis bukti pindah minyak Iran berpindah di perairan Malaysia – PM

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media bersama pengamal media Malaysia dan Majlis Perasmian UKM Qatar di Doha, Qatar pada 13 Mei 2024. - AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MA
- Diterbit 15 Mei 2024 1:48 PM MYT

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata tiada secebis pun bukti yang menunjukkan bahawa minyak Iran, yang berdepan sekatan Amerika Syarikat, telah dipindahkan dari kapal ke kapal di perairan Malaysia.

“Tiada secebis pun bukti mengenai (penggunaan) kaedah pemindahan minyak dari kapal ke kapal di perairan antarabangsa (berhampiran Malaysia).

“(Namun) kita tidak mempunyai keupayaan untuk memerhati atau memantau mereka,” katanya dalam sesi yang dikendalikan oleh Haslinda Amin pada Forum Ekonomi Qatar di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan mengenai kebimbangan Washington yang antara lain mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan di perairan negara.

Minggu lepas, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan Malaysia sedia berhubung dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat mengenai perkara itu.

Perdana Menteri, yang berada di Doha sejak Ahad, mengakhiri lawatan rasmi tiga hari beliau ke Qatar hari ini. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas