Berita

Tiada rakyat Malaysia dalam nahas pesawat Air India

- Diterbit 12 Jun 2025 7:30 PM MYT

KEMENTERIAN Luar Negeri (Wisma Putra) menerusi Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Mumbai, mengesahkan tiada rakyat negara ini berada di dalam penerbangan AI171, Air India yang terhempas petang tadi.

Nahas berlaku sejurus selepas pesawat itu berlepas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di Ahmedabad kira-kira pukul 1.38 petang.

Pesawat Boeing 787 itu dalam penerbangan menuju Gatwick, London dan membawa 242 penumpang dan anak kapal.

“Kita memantau perkembangan semasa kejadian menerusi Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Mumbai susulan nahas yang berlaku

“Tiada rakyat Malaysia di dalam pesawat itu,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu Air India mengesahkan penumpang dalam pesawat yang terhempas itu, terdiri daripada 169 warganegara India, 53 warganegara Britain, tujuh warganegara Portugal dan seorang rakyat Kanada.

Menurut kawalan trafik udara, pesawat itu berlepas dari landasan 23 dan sempat memberikan panggilan ‘Mayday’, menandakan berlaku kecemasan, tetapi selepas itu tiada maklum balas sehingga ia dilaporkan terhempas. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas