WAKTU bulan Ramadan inilah satu-satunya masa yang kita boleh rasai pelbagai jenis makanan. Tak kiralah sama ada makanan Melayu, Timur Tengah, Barat dan bermacam-macam lagi dalam satu tempat.
Antara lokasi yang wajib dan tepat sebagai destinasi berbuka puasa adalah
The Venue X Achara.
Bertempat di Aquq Garden Bangi, lebih 80 hidangan dengan harga Serendah RM68 pasti membuatkan anda tersenyum dan kenyang dengan variasi Sajian Nusantara.

Masakan dengan sentuhan seperti di rumah, pelbagai lauk pasti menambat tekak dengan hidangan khas seperti masak lemak ayam dan daging salai yang disediakan dalam kawah.
Pelbagai lauk juga disediakan malah bagi menghidupkan suasana desa deretan ulaman bersama sambal tersedia buat menambah selera anda.
Mulakan dengan manais-manis, kuih muih tradisi pelbagai jenis talam dan bubur pulut hitam pasti menggamit memori air tangan nenek di kampung.
Bukan itu saja, lebih 10 gerai tersedia seperti satay, sup kambing, apam balik, gorengan, shell out disediakan setiap hari.
Pengurus Jenama and Pemasaran The Venue X Achara, Wasril Aswad berkata sajian makan malam itu berlangsung sehingga 29 Mac dan mampu menampung sehingga 2,000 orang.
Turut diadakan ialah persembahan langsung serta tazkirah Ramadan pada setiap hujung minggu selain berpeluang menjamu selera bersama anak yatim.
“Kita turut menyediakan menu pelbagai termasuk sentuhan ala Arab dan India serta Cina.
“Harga istimewa untuk warga emas dan percuma bagi kanak-kanak di bawah usia lima tahun,” katanya.
Wasril berkata, harga istimewa juga diberikan bagi mereka yang membuat tempahan secara berkumpulan.
Lokasi ini juga lengkap dengan surau yang selesa, tempat letak kereta yang luas serta tandas bersih serta mesra OKU. – WILAYAHKU
Maklumat lanjut boleh layari:
SAJIAN CITARASA Nusantara Buffer Dinner by The Venue x Achara sehingga 29 Mac 2025 di lokasi Aqua Garden Bangi
https://maps.app.goo.gl/xTH1QEnCYWeV9jtL6?g_st=com.google.maps.preview.copy
IG:
http://www.instagram.com/thevenue_achara
TT: http://www.tiktok.com/@thevenue_achara
FB: https://www.facebook.com/share/1ByCbkUHnD/?mibextid=wwXIfr