Selebriti

Terima lebih 300 anugerah… Siti Nurhaliza atasi Celine Dion, Bruno Mars

|||SITI satu-satunya artis Malaysia yang paling banyak menerima anugerah hingga tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR)
- Diterbit 6 April 2022 12:23 PM MYT

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin trending di Twitter apabila namanya tersenarai dalam kelompok 100 artis utama paling banyak memenangi Anugerah sepanjang zaman sebaris selebriti antarabangsa antaranya Michael Jackson, Beyonce dan BTS.

Siti menduduki tempat ke-27 dengan jumlah 329 anugerah yang diterima sepanjang berkecimpung dalam industri seni.

Menerusi akaun Twitter sumber utama perkembangan pemuzik antarabangsa iaitu The Artist Museum, Siti mengalahkan barisan penyanyi terkenal antaranya Justin Timberlake, Usher, Nicky Minaj, Katy Pery, Celine Dion, Selena Gomez, Bruno Mars, Alicia Keys, Christina Aguilera dan kumpulan K-pop terkenal Super Junior serta TWICE.

SITI satu-satunya artis Malaysia yang paling banyak menerima anugerah hingga tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR)

Untuk rekod, Siti satu-satunya artis Malaysia yang paling banyak menerima anugerah hingga tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) pada tahun 2001 dan kekal pemegang rekod itu hingga kini.

Semoga kejayaan pelantun lagu Cindai ini terus menjadi inspirasi buat artis-artis lain. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas