Berita

“Tengok NABIL Buat Swab Test Pun Dah Sakit, Macam Mana Dengan Anak-Anak Kecil”

|NABIL menjalani ujian saringan COVID-19 sebagai langkah pencegahan awal.|NABIL kini sibuk dengan bisnes makanannya Sorry Licious
- Diterbit 7 Oktober 2020 1:47 AM MYT

GELAGAT selebriti terkenal Nabil Ahmad menjalani ujian saringan COVID-19  atau swab test demi pencegahan wabak bahaya itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan warganet. 

Menerusi instagramnta, Nabil berkongsi sebuah video dirinya sedang menjalani ujian saringan tersebut.

NABIL menjalani ujian saringan COVID-19 sebagai langkah pencegahan awal.

“Memang muka swab test macam ni eh rupa dia? Kalau masuk news, shoot muka ni yang diorang highlight ni,” tulis Nabil di ruangan kapsyen.

Dalam video tersebut, Nabil dilihat menahan sakit dan terbatuk apabila alat ujian dimasukkan ke dalam hidungnya.

Melihat keadaan Nabil itu, ramai warganet yang membayangkan bagaiman jika ujian saringan itu dijalankan ke atas anak-anak kecil.

“Tengok Nabil buat swab (test) pun dah sakit, macam mana dengan anak-anak kecil kat sekolah tu ya. 

“Ya Allah, tak tahu apa perasaan anak-anak semua. Semoga cepat la Covid ni lenyap dari bumi,” komen seorang warganet yang dikenali sebagai @izzaraizzul.

Kepada ibu bapa di luar sana, tolonglah berwaspada dengan pandemik COVID-19 yang semakin menular ini.

NABIL kini sibuk dengan bisnes makanannya Dory Licious

Lupakanlah rasa mahu bergembira di tempat yang sesak demi anak-anak. Keluar rumah hanya bila perlu sahaja. Keselamatan kita bersama lebih penting. 

Semalam, kita dikejutkan dengan 691 kes baharu COVID-19 di Malaysia. Jadi sama-samalah kita patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) demi kebaikan semua. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas