PROJEK Tapak Pesta LayangLayangan berdekatan di Taman Damai Kampung Layang-Layangan di sini, kini telah siap sepenuhnya.
Projek naik taraf bagi fasa 1 itu yang bernilai RM482,000 meliputi penyediaan fasiliti awam iaitu 50 lot tempat letak kenderaan, 20 lot bagi motosikal dan dua lot bagi Orang Kurang Upaya (OKU).
Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail tapak yang telah siap dinaik taraf itu bakal menjadi lokasi pertama bagi
penganjuran pertandingan layanglayang yang diadakan pada setiap tahun.

Katanya, sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ia adalah satu usaha pihaknya untuk meningkatkan Labuan dalam sektor pelancongan di dalam dan luar negara.
“Dengan penyerahan tapak ini daripada pihak kontraktor maka projek menaik taraf Tapak Pesta Layang-Layangan ini akan memberi manfaat kepada semua warga Labuan.
“Selain itu, dapat membantu penduduk di sini untuk berniaga secara kecil-kecilan,” katanya pada Majlis Penyerahan Tapak Pesta Layang-Layangan di sini, baru-baru ini.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran), Fadzilah Mahmud dan Pengarah Jabatan Perbandaran Datuk Othman Jusoh. – WILAYAHKU