Selebriti

Tampil tidak berhijab, persis ‘Barbie’… Netizen doakan Masya Masyitah insaf

- Diterbit 30 Julai 2023 9:37 AM MYT

BERKONGSI foto tidak berhijab membuatkan ramai peminat dan netizen terkejut dengan perubahan penyanyi remaja Masya Mashitah.

Menerusi perkongsian terbaharunya di Instagram, penampilan tidak lagi bertudung Masya atau nama sebenarnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusof,23, dikaitkan dengan ‘demam’ filem Barbie yang sedang hangat di pawagam ketika ini.

“Fikiran awak perlu lebih kuat dari perasan,” tulisnya pada bahagian kapsyen.

Dalam ruangan komen, ramai netizen yang mengecam namun tidak kurang juga yang mendoakan yang baik-baik buat Marsya.

“Aduh sayangnya. Dah elok muslimah hari tu. Takpelah, semoga ada perubahan yang baik semula selepas ini. Amin..”

“Sesungguhnya yang tertutp dan tersimpan kemas itu lebih indah. Semoga Allah beri hidayah.”

“Semoga kembali ke jalan benar”

“You cantik bila pakai hijab. Semoga kembali berhijab okey”

“Allahu. Besar Ujian kau dik. Moga Allah pelihara kita semua.”

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas