Berita

Taman awam, Pusat Rekreasi Air di Putrajaya ditutup

- Diterbit 13 Januari 2021 3:05 AM MYT

BERIKUTAN pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKP) yang bermula hari ini, semua taman-taman awam di Putrajaya ditutup sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Perbadanan Putrajaya (PPj) dalam kenyataan dikongsi menerusi Facebook, PPj memaklumkan, taman-taman awam berkenaan ditutup kepada pengunjung sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Antara taman-taman awam terbabit adalah Taman Wetland Putrajaya, Taman Wawasan, Taman Putra Perdana, Taman Botani Putrajaya, Taman Saujana Hijau dan Taman Rimba Alam,” katanya.

Dalam pada itu, Marina Putrajaya Sdn. Bhd. turut mengumumkan penutupan bagi operasi Marina Putrajaya, Cruise Tasik Putrajaya, Kompleks Sukan Air Putrajaya dan Pusat Rekreasi Air Putrajaya.

“Kami ingin memohon maaf di atas kesulitan dan ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kerana sentiasa bersama dengan kami,” katanya menerusi laman Facebook rasminya.

Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah salah satu kawasan yang terbabit arahan pelaksanaan PKP selama 14 hari bermula hari ini hingga 26 Januari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas