Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Biz

“Tak mahu merepek…” Pemilik Jennarai elak content memalukan

Datin Seri Azlina Hanim lebih mengutamakan kualiti produk berbanding content yang sengaja dicipta untuk tular. |AZLINA Hanim bersama duta Jennarai
- Diterbit 3 Jun 2022 12:30 PM MYT

PENGASAS produk Jennaira, Datin Seri Azlina Hanim mengaku lebih selesa membawa bisnesnya ke depan berbanding menampilkan dirinya.

Meski ramai pengasas produk masa kiki gemar mencipta content viral dalam media sosial untuk lebih dikenali, Azlina pula mempunyai pandangan yang berbeza.

“Saya ni kuranglah ke arah tu. Saya aktif juga TikTok tapi kalau yang merepek saya tak retilah.

“Memang nampak macam merapu. Seolah-olah mereka tunjuk karakter sendiri. Walaupun mereka cakap itu hanya content. Bagi saya itu tak perlu.

“Contoh dia kata dia baik. Tapi terpaksa seksi sebab nak jual produk. Begitulah ibaratnya,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Jennaira Holdings Sdn Bhd x Arviena di Hotel Royal Chulan, Petaling Jaya, baru-baru ini.

PENGASAS Jennarai, Datin Seri Azlina Hanim lebih mengutamakan kualiti produk berbanding content yang sengaja dicipta untuk tular.

Jennaira Holding yang diusahakan Datin Seri Azlina Hanim dan suami, mempunyai beberapa rangkaian bisnes lain seperti minuman, makanan, ais krim yogurt, produk kesihatan serta beberapa perniagaan lain.

“Tudung Jennaira bersama dutanya, Arviena masih dikira baru dan alhamdulillah setakat ini sambutan yang diterima secara dalam talian cukup positif.

“Kami keluarkan tudung ini secara tiga peringkat menerusi 10 corak dan konsep berbeza. Ia menggunakan fabrik satin, ada bawal dan juga shawl. Harganya mampu milik, RM70 sehelai dan syukur, ia juga turut dipasarkan di Indonesia.

“Setiap keluaran itu terhad. Kena ‘pre-order’, jadi ia lebih eksklusif dan insya-Allah, koleksi baru akan dilancarkan bersempena Hari Raya Haji nanti,” katanya yang turut optimis mengeluarkan telekung, tidak lama lagi.

AZLINA Hanim bersama duta Jennarai, Arviena

Percaya rezeki lebih bermakna bila dikongsi, Azlina berterima kasih kepada semua pihak yang sudi bersama-sama menjayakan rumah terbukanya, tahun ini.

“Kita jemput lebih 700 anak tahfiz dan anak yatim untuk sama-sama meraikan hari raya. Malah ketika sambutan hari jadi suami dan buka puasa sebelum ini, kami turut jemput mereka. Sudah jadi satu tradisi bagi kami di Jennaira Holding.

AZLINA bersama suami tercinta yang sentiasa menyokong.

“Malah setiap pembelian tudung ini atau mana-mana produk keluaran kami, mereka secara tak langsung turut menderma dalam menjayakan rumah terbuka ini.

“Majlis yang bermula sekitar jam 2.00 petang dan membawa ke malam dengan tema Bollywood berjalan lancar syukur alhamdulillah,” katanya lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas