Berita

UK, EU setuju lanjutkan rundingan Brexit

Britain's Prime Minister Boris Johnson (L) is welcomed by European Commission President Ursula von der Leyen (R) in the Berlaymont building at the EU headquarters in Brussels on December 9, 2020, prior to a post-Brexit talks' working dinner. - EU chief Ursula von der Leyen welcomed Britain's Prime Minister Boris Johnson to her headquarters in Brussels on December 9, 2020, for talks on saving post-Brexit trade negotiations. At Johnson's suggestion, he and von der Leyen removed their anti-Covid facemasks briefly and posed for photographers at the Berlaymont building before heading in for a working dinner. (Photo by Olivier HOSLET / POOL / AFP) (Photo by OLIVIER HOSLET/POOL/AFP via Getty Images)
- Diterbit 14 Disember 2020 7:40 AM MYT

PERDANA Menteri Britain, Boris Johnson dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen pada Ahad mengeluarkan kenyataan bersama yang bersetuju untuk melanjutkan rundingan Brexit.

“Kami mengadakan perbincangan yang penting di telefon pagi ini,” kata Agensi Anadolu memetik kenyataan itu.

“Kami membincangkan perkara utama yang masih tertangguh.”

“Pasukan perunding kami telah bekerja siang malam sejak beberapa hari kebelakangan ini,” menurut kenyataan itu.

“Meskipun keletihan setelah hampir setahun berunding, dan telah beberapa kali melepasi tarikh akhir, kami berpendapat masih banyak yang perlu dilakukan.”

“Oleh itu, kita telah memberi mandat kepada perunding kita untuk terus berunding dan melihat sama ada kesepakatan boleh dicapai pada saat akhir ini,” tambah kenyataan itu.

Menurut Anadolu, Johnson memanggil menteri kabinet ke mesyuarat untuk memaklumkan keputusan berkenaan.

Terdahulu, beliau berkata Ahad hari terakhir untuk keputusan muktamad mengenai kesepakatan perdagangan itu, dengan spekulasi Brexit akan berakhir tanpa perjanjian.

Tiada tarikh baharu ditetapkan, ketika tempoh sebenar untuk UK keluar daripada EU adalah 31 Disember ini. BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas