Berita

Twitter MCMC diceroboh, akaun digantung sementara

- Diterbit 12 Januari 2021 11:26 PM MYT

AKAUN Twitter rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) digantung buat sementara berikutan diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Jabatan Komunikasi dan Korporat MCMC dalam kenyataan malam ini memaklumkan mesej mencurigakan melalui akaun itu tidak keluarkan oleh MCMC.

“Orang ramai dinasihati agar tidak terpengaruh dengan hantaran mesej mencurigakan, jelik dan bersifat fitnah yang telah dimuat naik melalui akaun berkenaan,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas