Berita

Turki dan Azerbaijan bakal bekerjasama dalam penyelidikan angkasa

- Diterbit 11 Februari 2021 3:57 AM MYT

TURKI dan Azerbaijan bakal bekerjasama dalam bidang penyelidikan angkasa, kata Menteri Industri dan Teknologi Turki Mustafa Varank, menurut laporan Agensi Berita Trend.

Menurut menteri itu, kesepakatan mengenai hal ini dicapai antara Ankara dan Baku dan kini di peringkat pemeteraian.

Turki juga akan bekerjasama dalam penyelidikan angkasa dengan Pakistan, katanya.

Pada 13 Disember 2018, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengesahkan undang-undang mengenai penubuhan Agensi Angkasa Negara dengan ibu pejabat di Ankara. Agensi ini beroperasi di bawah Kementerian Perindustrian dan Teknologi.

Projek penubuhan agensi itu yang kedua terbesar di Turki selepas pembinaan terusan perkapalan di Istanbul.

Draf undang-undang mengenainya diserahkan kepada parlimen Turki pada Februari 2017.

Turki mengumumkan penubuhan Agensi Angkasa Negara itu pada Januari 2016. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas