Berita

Mapim seru MTUC bela nasib pekerja Palestin di Israel

Mohd Azmi Abdul Hamid (Kanan) menerima cenderahati yang disampaikan oleh Setiausaha Agung MTUC
- Diterbit 31 Oktober 2022 8:58 AM MYT

MAPIM menyeru Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), menyuarakan pembelaan terhadap nasib pekerja Palestin yang ditindas di Israel.

Sejak penjajahan Israel 1967 ke atas Tebing Barat dan Gaza Palestin , Israel telah mengujudkan situasi dibmana warga Palestin berada dalam keadaan ekonomi tertekan dan mereka bergantung kepada Israel.

Penjajahan Israel ke atas Palestin itu telah diguna oleh Israel untuk menjadikan pasaran buruh Palestin diekploitasi dipelbagai sektor ekonomi di Israel.

Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, terdapat dua jenis sumber  pekerja yang telah dieksploitasi di Israel.

“Israel mendapat dua sumber pekerja Palestin. Pertama warga Palestin yang berada di dalam Israel sebagai rakyat dan kedua ialah pekerja Palestin dari kawasan yang ditakluki oleh Israel dari pendudukan haram ( illegal settlement ) di Tebing Barat dan dari Gaza.

“Kedua – dua sumber pekerja itu telah dieksploitasi oleh majikan- majikan di Israel

‘Pekerja Palestin yang tidak ada pilihan terpaksa bekerja dalam keadaan mereka ditindas dan hak pekerja dinafi samasekali.

“Terutama pekerja Palestin yang bekerja membangunkan rumah dan prasarana pendudukan haram oleh fanatik Yahudi di atas tanah Palestin yang dirampas itu sendiri. Pekerja Palestin telah dieskploitasi sepenuhnya oleh majikan Israel,” katanya.

Azmi ditemui pada Majlis Hi-Tea Misi Bantuan Palestin Dan Al-Aqsa bersama pimpinan MTUC di Restoran Chinese Muslim Al- Amber, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

PRESIDEN Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid (Kanan) menyerahkan Tabung Kemanusiaan Mapim Al Aqsa dan Palestin kepada Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor (tengah) dan diperhatikan oleh Timbalan Setiausaha Agung MTUC, Mohd Khairi Hj. Man.

Ekonomi kebergantungan Palestin yang sengaja dibangunkan oleh israel ke atas kawasan Palestin yang ditakluki , menyebabkan pekerja Palestin menjadi mangsa kepada Israel yang melanggar seluruh undang-undang pekerja antarabangsa , konvensyen ke-4 Geneva dan hak asasi manusia.

Pekerja Palestin yang sukar mendapat permit kerja di Israel tidak dapat membawa kes penindasan di mahkamah Israel kerana dikhuatiri akan dibuang kerja.

Penaklukan oleh Israel telah mengujudkan situasi ekonomi bergantung Palestin kepada israel . Ini bertentangan dengan Artikel 49 selaras dengan Artikel 51 dan 52 dalam Konvensyen ke 4 Geneva 1949 dan prinsip prinsip undang-undang antarabangsa .

“Akibatnya , pekerja Palestin adalah rentan kepada polisi haram oleh Israel. Pekerja Palestin terpaksa menerima apa sahaja kondisi kerja dan di mana sahaja tempat kerja di Israel demi survival hidup mereka.

“Israel tidak terikat kepada apa -apa syarat mengenai hak ekonomi, sosial dan budaya (ESCR) atau apa sahaja standard hak asasi manusia .

“Israel juga tidak terikat kepada undang-undang melindungi pekerja Palestin dari diskriminasi ras berdasarkan Convention on the Elimination of all Forms of Racial Discrimination (CERD) diwilayah Palestin yang ditakluki oleh Israel.

“Disebabkan itu, puluhan ribu pekerja Palestin di Israel kini mengalami penindasan yang sangat ekstrim oleh majikan israel dan tiada mana-mana agensi dunia menyuarakan nasib mereka.

“Atas apa yang berlaku,  Mapim berpandangan kesatuan sekerja di Malaysia perlu bersuara supaya ILO mengambil inisiatif mengangkat isu pekerja Palestin di Israel,”ujarnya.

MAJLIS Hi-Tea Misi Bantuan Palestin Dan Al-Aqsa bersama pimpinan MTUC

Bukan itu sahaja, Mapim  juga bercadang mahu mengusulkan sebuah koalisasi (kerjasama /gabungan) pekerja Malaysia untuk Palestin dan Al Quds diujudkan.

Dengan platform ini pekerja di Malaysia boleh menyumbang untuk membantu pekerja Palestin semada dari sudut hak mahupun kebajikan dan nasib keluarga pekerja.

“Mapim telah mengambil inisiatif mengujudkan Jaringan Pekerja Malaysia Bersolidariti bersama Palestin dan Al Quds. Tujuannya ialah untuk mengujudkan sebuah saluran perhubungan pekerja Malaysia untuk menjalinkan hubungan dengan pekerja Palestin,” tambahnya lagi.

Sebuah persidangan akan diadakan di Istanbul pada 20 – 21 hb Disember 2022 mengenai pekerja Palestin. Mapim juga berharap wakil MTUC dapat hadir bersama dalam persidangan tersebut. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas