Berita

Ganjaran menarik menanti pengunjung Suria KLCC

- Diterbit 29 Mac 2024 1:25 PM MYT

BERSEMPENA perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, orang ramai berpeluang memenangi ganjaran menarik yang ditawarkan Pusat Beli-Belah Suria KLCC.

Suria KLCC dalam satu kenyataan menjelaskan pihaknya membawakan Kempen Hari Raya yang berlangsung selama 38 hari bermula dari 15 Mac sehingga 21 April.

“Pembeli yang berbelanja RM1,500 ke atas dalam dua resit dari 15 Mac hingga 14 April akan menerima e-Baucar Beli-Belah Suria KLCC bernilai RM100 serta satu set sampul Hari Raya eksklusif Suria KLCC.

“Selain ganjaran tersebut, 50 pembeli pertama yang membeli e-Baucar Beli-Belah Suria KLCC bernilai RM1,000 akan menerima tambahan e-Baucar bernilai RM100.

“Rumah kampung tradisional dengan tata landskap yang menggamit nostalgia turut menghiasi ruang legar kami di mana pengunjung juga berpeluang mencuba permainan tradisional.

“Para pengunjung juga berpeluang merakam detik berharga di sudut photobooth dan akan menerima cetakan fizikal serta salinan dalam talian secara percuma,” katanya.

Dalam pada itu, Suria KLCC berkata melalui kerjasama dengan Kraftangan Malaysia, pelbagai aktiviti menarik seperti Demonstrasi Kraf dan Sesi Interaktif Kraf bakal berlangsung di laman Centre Court.

“Jualan kraf tempatan turut diadakan di aras 1, Ramlee Mall bermula dari 15 Mac sehingga 7 April.

“Seiring dengan komitmen Suria KLCC dalam memperjuangkan Kesedaran Kesihatan Mental, para pengunjung yang mengambil bahagian di dalam aktiviti tersenarai berpeluang membeli Suria Ribbon Pin (RM10) dan akan menerima pelitup muka batik eksklusif. Kesemua hasil penjualan akan disalurkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) terpilih,” jelasnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas