Biz

Buka cawangan di Kota Bharu, Hegira terus jadi inspirasi wanita

Kelantan.||
- Diterbit 7 Ogos 2022 10:48 PM MYT

PENERAJU hijab inovasi dan berinspirasi di Malaysia, Hegira melangkah setapak ke hadapan dengan membuka butik pertama setelah tiga tahun berada dalam pasaran.

Sebagai permulaan, butik pertama ini dibuka di AEON Mall Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Sebagai anak syarikat Siti Khadijah, nama Hegira diilhamkan daripada kemuliaan perkataan ‘hijrah’ atas penghormatan kepada sejarah penting agama Islam ketika Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah.

Keunikan, fleksibiliti dan praktikal menjadi tunjang utama rekaan hijab yang dikeluarkan Hegira dalam usaha menampilkan keperibadian setiap wanita supaya tampil lebih bersederhana dan mengangkat martabat dan nilai diri mereka.

BUTIK Hegira kini dibuka di AEON Mall Kota Bharu, Kelantan.

Prinsip utama Hegira yang mengangkat inovasi telah berjaya meletakkan Hegira berada di barisan hadapan dalam pembangunan dan rekaan hijab yang tersendiri.

Majlis Perasmian Butik Hegira pertama di Malaysia ini telah berlangsung baru-baru ini di AEON Mall, Kota Bharu.

Majlis disempurnakan oleh Yang Berhormat, Dato’ Hajah Mumtaz Md Nawi (JMK), Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan bersama-sama dengan En Mohammad Munzir Aminuddin, Group Chief Executive Officer, Siti Khadijah dan Puan Suri Daman, pengasas Hegira.

Hegira menampilkan variasi rekaan hijab termasuklah keistimewaan utama, iaitu hijab sarung atau slip ons (The SO’s) dan PS iaitu Pin & Style. Menariknya, setiap hijab sarung (The SO’s) menampilkan nama-nama yang bermula atau berakhir dengan perkataan SO seperti Prettily-So, Charmingly-So, Lovely-So, So-Right dan banyak lagi.

Hegira menyasarkan untuk menghasilkan lebih banyak rekaan dan produk khusus untuk golongan wanita.

“Butik pertama Hegira ialah tempat titik pertemuan antara peminat Hegira dan juga kami sebagai pereka dan pengeluar.

“Dengan “dekat”nya dua pihak ini, kami yakin untuk mengukuhkan lagi pengeluaran produk produk yang boleh menjadi solusi kepada cabaran-cabaran yang di lalui wanita moden hari ini,” kata pengasas Hegira, Puan Suri Daman apabila ditanya mengenai harapan beliau tentang pembukaan butik sulung Hegira.

“Visi saya adalah untuk menjadi sedekat mungkin dengan kehidupan wanita, menemani mereka mengharungi kehidupan yang mencabar.

“Kami akan terus mereka bentuk tudung, pakaian dan produk lain yang boleh memudahkan kehidupan wanita-wanita ini.

“Lebih penting lagi, sesuai dengan slogan kami ‘Ubah Nasib Anda’, kami berharap Hegira melalui produk dan kisahnya dapat memberi inspirasi kepada ramai wanita untuk memiliki kisah hijrah peribadi serta mampu menentukan nasib mereka sendiri.

“Kami juga merancang untuk menjadikan Hegira lebih mudah diakses oleh pelanggan kami dengan membuka lebih banyak lokasi runcit fizikal di seluruh Malaysia mulai tahun ini dan seterusnya” tambah beliau lagi.

Dengan pegangan ‘Change Your Destiny’, Hegira berbesar hati mengumumkan pembukaan sebuah lagi butik di IOI City Mall, Putrajaya tidak lama lagi. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas