Atlet Wilayah

SUKMA 2024: Zaliha luang masa bertemu atlet wushu

- Diterbit 16 Ogos 2024 10:49 PM MYT

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa hadir menyempurnakan Majlis Penyampaian Pingat di Dewan Wushu, Petra Jaya Sarawak petang tadi.

Beliau turut meluangkan masa beramah mesra serta bergambar bersama atlet wushu Wilayah Persekutuan (WP) sejurus majlis.

Zaliha yang baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 6 petang tadi akan turut menghadiri Majlis Perasmian SUKMA Sarawak 2024 yang akan diadakan esok bertempat di Stadium Sarawak.

Terdahulu, kem wushu sekali lagi menghadiahkan dua pingat emas buat Kontinjen Wilayah Persekutuan menerusi acara sanda. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas