Berita

SUKMA 2024: Perlawanan silat terhenti kerana balingan botol

SAINGAN silat SUKMA 2024 yang diadakan di Stadium Bandaraya, Miri hari ini terganggu seketika. - Gambar hiasan
- Diterbit 21 Ogos 2024 9:02 PM MYT

ACARA silat Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang sedang rancak diadakan terhenti seketika akibat balingan botol ke kawasan gelanggang.

Kekecohan tersebut berlaku ketika pertempuran di antara wakil tuan rumah, Iman Syakilla Mahdi dan peserta Wilayah Persekutuan, Nurin Alyaa Damia Mohd Masran bagi acara suku akhir kategori Bawah 45 kilogram (kg).

Momentum Nurin mendahului pasukan tuan rumah terganggu apabila perlawanan terpaksa dihentikan seketika.

Akibat daripada insiden berkenaan, jawatankuasa penganjur telah menghentikan perlawanan di kedua-dua arena satu dan dua bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Keputusan sama ada untuk meneruskan perlawanan atau sebaliknya akan ditentukan oleh pihak jawatankuasa pertandingan selepas perbincangan bersama.

Setakat ini difahamkan semua kontinjen diarahkan balik ke penginapan masing-masing. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas